Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah


Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah
By Kak Wan @ Resipi Citarasawan

Bahan A
1 cawan susu cair - (suam)
1 sudu kecil yis segera
2 sudu kecil gula kaster

Satukan ke dalam mangkuk, kacau rata, tutup dengan plastic wrap dan biarkan selama 15 minit sampai yis mengembang dan berbuih.

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kaster
2 sudu kecil minyak sayur
1 sudu kecil garam

Bahan C
2 sudu besar Chinese 5 spices (boleh di beli di pasaraya)
1 sudu besar serbuk kayu manis
1 1/2 sudu kecil garam halus


Cara-cara :
Satukan materi A dan B ke dalam bekas besar, kacau dengan senduk kayu sampai menjadi doh yang lembut dan melekit.

Tutup bekas dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Keluarkan dari peti sejuk, tabur sedikit tepung pada doh dan papan canai.
Uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Tutup dengan tuala lembab dan rehatkan selama 1 1/2 jam sehingga mengembang sekali ganda.

Buat lubang di tengah doh, masukkan 1 sudu kecil minyak, uli beberapa kali sampai menjadi doh yang lembut.
Tabur tepung dan canai persegi memanjang.  Buat kelaran melintang supaya mudah mengulung.

Ratakan materi C (serbuk rempah) di atasnya, kemudian gulung.  Potong 2cm tebal.  Leperkan doh dengan tangan sebelum di goreng.  Salut tangan dengan tepung kerana doh agak melekit.

Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan.

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah

Subscribe to receive free email updates: