Resepi : Daging Masak Hitam Sarawak
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan
700 gram daging bahagian peha - potong nipis - bilas dan toskan
Bahan A - Perap
2 labu bawang merah besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 batang serai - hiris
7 biji buah prune
3 sudu besar kismis
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin atau garam
3 sudu besar tomato puri atau tomato sos
2 sudu besar parutan gula melaka
1 cawan susu cair
Kisar semua bahan-bahan di atas sampai halus, gaul bersama daging. Perap semalaman di dalam peti sejuk.
Bahan B - Tumis
3 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah - hiris nipis
3 sudu besar cili kering kisar jikalau suka pedas
Cara-cara :
- Panaskan minyak sapi dan tumis bawang merah sampai garing. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Tumis sampai wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai pecah minyak.
- Kemudian masukkan materi yang diperap. Masak dengan api sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
- Hidang bersama nasi putih atau nasi minyak.
Daging Masak Hitam Sarawak