Bingka Ambon Medan


Bingka Ambon Medan

Adunan Yis
50 ml air suam
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar ragi instant
2 sudu besar tepung gandum

Satukan adunan yis di dalam bekas, aduk rata.   Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 10-15 minit sampai berbuih.  Ketepikan.

Bahan-bahan
3 helai daun pandan
1 batang serai - di ketuk
10 kuning telur ayam
500 ml santan kelapa pekat
5 helai daun limau purut - carikkan
1/2 sudu teh garam
125 gm tepung ubikayu / tepung sagu
250 gm gula pasir

Penyediaan :
  1. Masak santan, daun limau purut, daun pandan, serai dan garam sampai mendidih dan pekat. Tapis dan ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula sampai kembang dan pekat.  Kemudian masukkan tepung ubikayu, santan dan adunan yis.
  3. Kaup balik dengan spatula perlahan-lahan sampai sebati.  Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 2 - 3 jam sampai mengembang.
  4. Leser loyang dengan minyak dan panaskan di atas dapur sampai minyak panas.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah (api bawah sahaja) pada suhu 180C selama 30 - 35 minit dengan pintu oven sedikit terbuka.
  6. Tukar kedudukan loyang di rak tengah dan bakar api atas dan bawah sehingga permukaan bingka kecoklatan.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong.


NOTA :  Pintu oven perlu di renggangkan sedikit kerana adunan bingka menggunakan adunan yis yang mudah hangus.
Tepung ubikayu boleh di gantikan dengan tepung sagu kerana rasanya lebih sedap.

Bingka Ambon Medan

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Keria Gula Melaka Keria Gula Melaka Bahan-bahan 500gm keledek putih 1 cawan tepung gandum 1/4 sudu teh garam halus Sira Gula Melaka 100gm gula melaka - h… Read More...
  • Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah By Kak Wan @ Resipi Citarasawan Bahan A 1 cawan susu cair - (suam) 1 sudu kecil yis … Read More...
  • Kuih Topi Kelantan Kuih Topi Kelantan Bahan-bahan 2 cawan tepung beras 2/3 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir secubit garam 1 1/2 cawan air Cara-cara … Read More...
  • Apam Balik Che Mat Apam Balik Che Mat Sumber :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan Bahan-bahan 130 gram tepung gandum / tepung roti 1/2 sudu teh teh soda bicarb… Read More...
  • Kuih Beroncong Kuih Beroncong Sumber :  FB MAHI Bahan-bahan 250 gm tepung gandum 200 gm kelapa parut muda 100 gm gula 1 biji kuning telur 500 ml a… Read More...