Daging Masak Kicap


Daging Masak Kicap
Resipi : Chef Joha Hassan
Di cuba oleh Kak Wan

Bahan-bahan
1kg Daging Kambing / Lembu dihiris
sedikit garam
2 sudu besar lada hitam- ditumbuk

Gaulkan daging bersama garam secukup rasa dan lada hitam, goreng sebentar,  Ketepikan.

Bahan Kisar
1 1/2 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inch halia
6 biji cili api

Bahan Rempah Kasar
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
4 sudu besar minyak masak

Bahan Rempah Halus
1/2 sudu teh serbuk masala
1/2 sudu teh serbuk Jintan manis

Bahan Kuah
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 cawan air
1/2 cawan kicap manis.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng dahulu
1 batang carrot - potong bulat
Tomato cherry kalau suka
Bawang goreng untuk taburan

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, masukkan materi kisar, rempah halus dan rempah kasar.  Bila rempah mula bangun masukan daging hiris, tuangkan air dan kicap manis.
  2. Masukkan sos tomato sedikit dan biarkan dia masak dengan api sederhana. Biarkan dia masak dalam 10 minit.
  3. Masukkan carrot, tutup periuk dengan penutup. Renehkan sebentar,
  4. Perasakan kuahnya dengan garam dan gula.  Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit.
  5. Akhir sekali, masukkan ubi kentang goreng. Gaulkan bersama kuah.
  6. Taburkan bawang goreng. Angkat dan sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak.

Daging Masak Kicap

Subscribe to receive free email updates: