Biskut Red Velvet 'Crinkle'
Di cuba oleh Kak Wan
Resipi : Chef Zam
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonate
3/4 sudu teh garam
3/4 cawan mentega
1 1/3 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu besar susu segar
2 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu teh jus lemon
5 sudu teh pewarna merah
1 cawan gula aising
Kaedah :
- Gaul tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonate dan garam, ketepikan
- Menggunakan ‘paddle attachment’, pukul mentega dan gula sehingga gebu dan ringan.
- .Masukkan telur satu persatu dan pukul sampai sebati
- .Masukkan susu, vanilla, jus lemon dan pewarna merah.
- Perlahankan kelajuan, masukkan materi kering dan gaul sehingga sebati.
- Bungkus/tutup adunan dan rehatkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum digunakan.
- Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil dan golekkan ke dalam gula aising sampai bersalut sepenuhnya.
- Bakar pada suhu 170˚C sehingga masak. Sejukkan sebelum disimpan.
Biskut Red Velvet 'Crinkle'