Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich


Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich

Jeruk Carrot dan Daikon (lobak putih)
1 batang Carrot, 1 batang Daikon di hiris halus memanjang.  Masukkan ke dalam mangkuk dan tabur dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar garam.
Gaul rata dan biarkan selama 10 minit supaya carrot dan daikon lembut.
Selepas itu basuh dan toskan.

Masukkan semula ke dalam mangkuk, masukkan 1/2 cawan cuka, 4 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam.  Biarkan semalaman.

Bahan-bahan
Roti Perancis (French Baquette)
Beef Salami (goreng dengan sedikit minyak)
Mayonies
Timun - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun ketumbar
Cili hijau jeruk - kalau suka pedas
Jeruk carrot dan daikon
Kicap perisa Maggie

Cara-cara :
Potong roti mengikut saiz yang sesuai, Kemudian belah melintang di tengahnya, jangan putus.
Sapu kedua belah roti dengan mayonies dan ikut susunannya.
Susun timun, cuilan beef salami, tomato, beef salami, jeruk carrot dan daikon, cili jeruk dan daun ketumbar.
Akhir sekali renjis dengan kicap perisa Maggie kalau suka.

Untuk Hidangan bawah umur roti boleh di potong kepada saiz yang lebih kecil.

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich, street food yang popular di Vietnam.

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich

Subscribe to receive free email updates: