Nasi Goreng Cina


Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan
2 mangkuk nasi sejuk
4 sudu besar minyak masak
1 biji telur - kocok ringan
4 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, tumbuk
10 ekor isi udang
1/2 keping isi dada ayam - cincang
4 sudu besar sayur campur beku
2 kelopak sayur bok choy atau kobis - potong (jika suka)
1/2 kiub pati ayam - haluskan
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada putih

Cara Memasak
Panaskan minyak, masukkan bawang tumbuk. Tumis sampai naik bau.
Masukkan isi ayam, goreng sampai berubah warna.  Masukkan pula udang, goreng sampai udang kemerahan.
Selepas itu, masukkan telur, supaya sebentar sampai telur hampir masak kemudian gaul sekata bersama bahan-bahan tadi.
Kemudian masukkan nasi dan gaul sampai sekata.
Akhir sekali masukkan sayur campur beku, bok choy dan perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan secubit garam, gaul dan goreng sampai rata.
Hidang dikala masih panas.

Nasi Goreng Cina

Subscribe to receive free email updates: