Cucur Udang Rangup
By Kak Wan
Sumber : Daku Amat / FB LinaZubir
Bahan-bahan
500gm atau 2 cawan tepung gandum.
1 biji telur.
1/2 paket yis segera - dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam.
1 - 1/2 cawan Air - ikut anggaran untuk bancuhan cucur
1 sudu kecil garam.
Sedikit serbuk kunyit.
1 biji bawang besar - dihiris.
200gm taugeh atau 1 genggam taugeh - basuh dan toskan kemudian diramas sedikit.
20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana - basuh dan toskan. Kemudian lap kering dengan 'tissue' dapur.
10 tangkai kucai - potong kecil.
1 biji cili merah - dihiris nipis.
Minyak untuk menggoreng.
Bahan-Bahan Untuk Sos Cili
5-6 biji cili merah.
3 ulas bawang putih - dikisar dengan 1/2 cawan air.
1/4 cawan cuka makan JALEN.
1/3 cawan gula atau secukup rasa.
1/4 camca teh garam.
Cara Penyediaan :
Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata.
Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama air.
Gaul sehingga sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak sampai gorengan terendam.
Rendamkan sudip besi kedalam minyak panas selama 2 minit. Tinggalkan sedikit minyak panas di dalam sudip.
Kacau adunan, kemudian cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi sampai hampir penuh dan lingkarkan seekor udang atasnya.
Rendam di dalam minyak dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan , angkat untuk tos minyak.
Untuk Sos Cili :
Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk.
Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil sampai mendidih dan pekat.
Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi.
Rasakan masam, manis pedas, matikan api. Hidangkan bersama cucur udang tadi.
Rahsia Masak Cucur Enak :
1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
2. Untuk menimbulkan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper semoga bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih 'crispy'.
3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur 'masuk minyak' dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.
Cucur Udang Rangup